Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penganggur Diberkas Bersama Dadah Di Kebun

Diterbitkan: 30 Jun 2016 11.53 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.24 PM
Seorang lelaki ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM8,000 dalam serbuan di kawasan kebun kelapa sawit, Jerangau, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganggur-diberkas-bersama-dadah-di-kebun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:17 MYT
Dungun, 30 Jun - Seorang lelaki ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM8,000 dalam serbuan di kawasan kebun kelapa sawit, Jerangau, di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata suspek yang
berusia 45 tahun itu diberkas kira-kira pukul 8.45 pagi, Selasa lalu.

"Hasil pemeriksaan pada badan suspek kita menemui tiga peket plastik cerah
berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu kira-kira 50.2 gram, heroin 8.9 gram.

"Selain itu, kita turut menjumpai 170 biji pil disyaki pil kuda serta 1.96 gram pil eramin 5 yang disorokkan di dalam beg sandang yang dipakainya," katanya kepada Bernama. 

Menurutnya, hasil semakan rekod suspek yang berasal dari Kampung Jaba, Dungun itu turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berhubung kesalahan dadah. 

Beliau berkata suspek direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 30 Jun 2016 11.53 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.24 PM