Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Miliki 4 000 Biji Pil Kuda Bernilai Rm100 000

Diterbitkan: 30 Jun 2016 7.19 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.23 PM
Bachok, 30 Jun - Seorang lelaki ditahan kerana didapati memiliki 4,000 pil kuda bernilai RM100,000 di Kampung Kubang Golok, di sini baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-miliki-4-000-biji-pil-kuda-bernilai-rm100-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:57 MYT

Bachok, 30 Jun - Seorang lelaki ditahan kerana didapati memiliki 4,000 pil kuda bernilai RM100,000 di Kampung Kubang Golok, di sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok ASP Abdul Jalil Abdul Kadir berkata suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 9.30 malam Selasa lepas ketika sedang menunggang sebuah motosikal di kawasan terbabit.

"Suspek yang cuba melarikan diri telah berjaya ditahan, dan hasil
pemeriksaan menemui pil kuda tersebut disorok di dalam motosikalnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Bachok di sini, hari ini.

Abdul Jalil berkata lelaki itu direman selama seminggu sejak semalam untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata ia merupakan kejayaan terbesar rampasan dadah bagi IPD Bachok pada tahun ini, berikutan hasil intipan yang dilakukan lebih tiga bulan.

Abdul Jalil berkata pihaknya percaya dadah berkenaan adalah untuk dipasarkan di sekitar daerah Bachok terutama kepada perantau yang pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti rangkaian pengedarannya sebelum ini," katanya.-BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 30 Jun 2016 7.19 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.23 PM