Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Sandakan Selesaikan 25 Kes Jenayah Harta Benda Dan Rompak

Diterbitkan: 30 Jun 2016 5.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.23 PM
Polis berjaya menyelesaikan sebanyak 25 kes jenayah harta benda dan rompak berikutan tertangkapnya 11 suspek dalam enam kes berasingan sepanjang bulan ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sandakan-selesaikan-25-kes-jenayah-harta-benda-dan-rompak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:21 MYT
Sandakan, 30 Jun - Polis berjaya menyelesaikan sebanyak 25 kes jenayah harta benda dan rompak berikutan tertangkapnya 11 suspek dalam enam kes berasingan sepanjang bulan ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata ia membabitkan
rampasan sebanyak 29 unit barangan, tujuh motosikal dan dua lori.

Menurutnya jenayah harta benda membabitkan curi motosikal, kereta, lori dan pecah rumah.

Suspek terdiri daripada 11 lelaki berusia antara 21 dan 43 tahun dan kesemua mereka positif menggunakan dadah jenis syabu, katanya pada sidang media di sini,
hari ini.

Beliau berkata kejayaan tangkapan ini merupakan hasil kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat kepada polis.

Zabidi berkata salah satu kes itu membabitkan tangkapan sekumpulan lima lelaki terdiri empat warga asing dan seorang tempatan yang aktif mencuri motosikal, lori dan pecah rumah di sekitar daerah ini termasuk sebuah masjid di
kampung Bakau.

Katanya, sebanyak 17 barang kes dirampas daripada mereka termasuk empat
motosikal dan sebuah lori.

Dalam kes berasingan, Zabidi berkata polis juga menumpaskan satu kegiatan judi bola sepak Euro 2016 dengan tertangkapnya tiga lelaki berusia antara 28 dan  51 tahun dalam serbuan di sebuah premis makanan di Blok 42 Jalan Coastal di sini.

Katanya, antara yang dirampas adalah wang tunai RM3,729, mata wang Peso
1,780, dua telefon bimbit dan sebuah komputer riba.

Menurutnya tiga lelaki yang ditahan adalah penganjur pertaruhan.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 30 Jun 2016 5.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.23 PM