Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Eropah Berhubung Siasatan Kes Bogel Di Gunung Kinabalu

Published: 09 Jun 2015 7.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 8 Jun- Seorang lelaki Eropah berusia 38 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 4.10 petang tadi bagi membantu siasatan berhubung kes pelancong asing berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-eropah-berhubung-siasatan-kes-bogel-di-gunung-kinabalu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:10 MYT

Kota Kinabalu, 8 Jun- Seorang lelaki Eropah berusia 38 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 4.10 petang tadi bagi membantu siasatan berhubung kes pelancong asing berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Dato' Salehhudin Abdul Rahman berkata lelaki berkenaan ditahan sejurus selepas tiba dari Tawau dan bercadang meneruskan perjalanan ke Filipina.

"Siasatan (awal) mendapati dia berada di Gunung Kinabalu semasa kejadian tetapi dia bukan suspek telanjang. Semasa rakaman gambar, dia berada di bahagian lain gunung tersebut. Dia akan dibebaskan selepas percakapannya dirakamkan," kata Salehhudin dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 30 Mei lalu, lima pelancong dari negara Eropah bertindak menanggalkan pakaian masing-masing selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu namun perbuatan mereka membangkitkan kemarahan masyarakat di Sabah kerana perlakuan itu bertentangan dengan adat resam tempatan.

Salehhudin berkata pihaknya akan meneliti semua gambar yang dipaparkan di media-media sosial berkaitan insiden berkenaan. - BERNAMA

ArticlePublished 09 Jun 2015 7.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM