Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Operasi Mencari Dua Lagi Warga Singapura Bermula Pagi Ini

Diterbitkan: 09 Jun 2015 7.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kundasang, 9 Jun- Operasi mencari dua lagi warga Singapura yang dikatakan hilang dalam kejadian gempa bumi telah bermula sejak 6 pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/operasi-mencari-dua-lagi-warga-singapura-bermula-pagi-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:45 MYT

Kundasang, 9 Jun- Operasi mencari dua lagi warga Singapura yang dikatakan hilang dalam kejadian gempa bumi telah bermula sejak 6 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah, operasi tersebut yang terdiri lebih daripada 10 anggota dilaporkan mendarat di Laban Rata.

"Hari ini keadaan cuaca mengizinkan, walaupun ada kabus sedikit, tetapi ia tidak seteruk semalam, dan pasukan kami juga telah mendarat di Laban Rata. Operasi pencarian kini telah bermula," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, gerakan untuk membawa pasukan mencari dan menyelamat bagi misi membawa turun dua lagi mayat mangsa gempa di Gunung Kinabalu terpaksa dihentikan akibat kabus tebal di persekitaran gunung.

Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan mereka ialah enam dari Malaysia, Singapura (tujuh), Filipina (satu), China (satu), Jepun (satu).

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu berpusat 16 kilometer di barat laut Ranau dan berlaku 7.15 pagi Jumaat.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2015 7.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM