Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Disyaki Miliki Dadah Senjata Api Dan Kereta Curi

Published: 13 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah pangsa Jalan Stoner, Buntong di sini pada Jumaat lepas, dipercayai terbabit dalam beberapa kes jenayah antaranya memiliki dadah, senjata api dan kereta curi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-disyaki-miliki-dadah-senjata-api-dan-kereta-curi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:33 MYT

IPOH, 13 Okt - Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah pangsa Jalan Stoner, Buntong di sini pada Jumaat lepas, dipercayai terbabit dalam beberapa kes jenayah antaranya memiliki dadah, senjata api dan kereta curi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dengan penahanan lelaki berusia 40 tahun itu polis menemui 15 biji pil dipercayai dadah jenis eramin seberat 4.5 gram, senjata api jenis Walther buatan Jerman dengan 10 butir peluru serta sebuah kereta jenis Proton Waja.

"Hasil siasatan mendapati senjata api yang ditemui itu milik anggota polis yang dilaporkan hilang di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah pada Mac lepas, manakala kereta Proton Waja itu adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Tanjung Malim pada Ogos lepas.

"Suspek positif dadah selain mempunyai enam rekod jenayah lampau. Suspek direman seminggu," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

- BERNAMA

ArticlePublished 13 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM