Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Disyaki Aktif Samun Ragut

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kepala Batas, 3 April - Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun dan ragut menggunakan pistol di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU), ditahan dalam serbuan di sebuah rumah d..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-disyaki-aktif-samun-ragut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:30 MYT

Kepala Batas, 3 April - Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun dan ragut menggunakan pistol di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU), ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di sini petang semalam.

Lelaki berusia lingkungan 30-an dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu disyaki aktif menjalankan kegiatan jenayah sejak awal tahun ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah.

Beliau berkata hasil siasatan awal, polis percaya suspek bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas terlibat dalam kes samun seorang suri rumah di Kampung Kovil pada 18 Mac lepas.

"Polis juga percaya dengan penangkapan lelaki itu, kami mampu menjejak seorang lagi rakan suspek berusia 20-an yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun bersama lelaki terbabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan ditemui selepas malawat mangsa samun, S.Shanti, 47, di rumah wanita itu di Kampung Kovil.

Dalam kejadian pukul 9.40 pagi itu, Shanti mendakwa dicekik dan ditumbuk selain diikat menggunakan pita pelekat oleh dua lelaki bersenjatakan pisau dan pistol yang kemudian melarikan pelbagai barangan kemas antaranya rantai, gelang, cincin, subang serta telefon bimbit.

Sementara itu, Mazlan berkata polis telahpun mengenal pasti dan sedang memburu beberapa kumpulan samun yang aktif di sekitar Pulau Pinang.

Kumpulan berkenaan dianggotai sekurang-kurangnya dua lelaki dan kebanyakan mereka menggunakan motosikal untuk menyamun mangsa. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM