Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Melaka Lupus Dadah Bernilai Lebih Rm82 000

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, 3 April - Polis Melaka melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM82,320 melibatkan 390 kes pemilikan dadah bagi daerah Melaka Tengah dalam tempoh 2009 hingga 2012...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-melaka-lupus-dadah-bernilai-lebih-rm82-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:54 MYT

Melaka, 3 April - Polis Melaka melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM82,320 melibatkan 390 kes pemilikan dadah bagi daerah Melaka Tengah dalam tempoh 2009 hingga 2012.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Supt Md Azmi Othman berkata dadah berkenaan melibatkan 8,600 gram dadah jenis heroin; ganja (2,400 gram); syabu (68,000 gram); ketamin (1,800 gram) selain 1,150 biji pelbagai jenis pil dan 113 mililiter ubat batuk Kodein.

"Semua barang kes ini dilupuskan atas arahan mahkamah dan ia melibatkan kes yang telah selesai jatuh hukum," katanya kepada pemberita selepas pelupusan dadah tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata pelupusan tersebut juga bertujuan mengurangkan kesesakan barang kes di stor simpanan di setiap ibu pejabat daerah polis.

Katanya semua barang kes tersebut dilupuskan melalui proses pembakaran.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM