Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Terlibat Kes Rogol Dan Samun Di Selangor

Diterbitkan: 16 Sep 2015 3.59 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.28 PM
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata suspek berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam di rumahnya berhampiran kawasan Persiaran Tasik Kesuma, Beranang, dekat sini. "Suspek mengaku telah melakukan tiga kes jenayah sejak awal tahun ini dan kemudiannya menunjukkan sebuah van berwarna hijau yang digunakan untuk merogol dan menyamun mangsa yang tinggal di sebelah rumahnya baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-dipercayai-terlibat-kes-rogol-dan-samun-di-selangor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:36 MYT

Kuala Lumpur, 16 Sept - Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai melakukan beberapa jenayah rogol dan samun di sekitar Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata suspek berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam di rumahnya berhampiran kawasan Persiaran Tasik Kesuma, Beranang, dekat sini.

"Suspek mengaku telah melakukan tiga kes jenayah sejak awal tahun ini dan kemudiannya menunjukkan sebuah van berwarna hijau yang digunakan untuk merogol dan menyamun mangsa yang tinggal di sebelah rumahnya baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Willey berkata suspek yang bekerja sendiri itu mempunyai rekod jenayah lampau dan menjadi buruan polis, dipercayai turut merogol seorang mangsa berusia 20-an di Kajang Utama pada 15 Ogos lepas.

Katanya penangkapan suspek telah menyelesaikan beberapa kes rogol sebelum ini di sekitar Selangor.

"Modus operandinya ialah dengan memanjat bumbung dan mencabut atap genting kediaman sebelum memecah siling rumah untuk masuk selain memperkosa mangsa di dalam rumah dengan bersenjatakan pisau," katanya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 16 Sep 2015 3.59 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.28 PM