Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Disyaki Penagih Ditahan Bersama Pistol Tiruan

Diterbitkan: 16 Sep 2015 3.59 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.28 PM
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata serbuan pada 11.15 malam itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perlis setelah menerima maklumat. Hasil serbuan, polis menemui sejumlah berat syabu berisi dalam plastik dan sepucuk pistol tiruan jenis 'Wingun Patent', buatan Taiwan bersama enam butir kelonsong peluru dalam sebuah bag bimbit di bilik tidur suspek, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-disyaki-penagih-ditahan-bersama-pistol-tiruan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:07 MYT

Kangar, 16 Sept - Dua lelaki disyaki penagih dadah ditahan kerana memiliki dadah syabu dan sepucuk pistol tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Jeliti di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata serbuan pada 11.15 malam itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perlis setelah menerima maklumat.

Hasil serbuan, polis menemui sejumlah berat syabu berisi dalam plastik dan sepucuk pistol tiruan jenis 'Wingun Patent', buatan Taiwan bersama enam butir kelonsong peluru dalam sebuah bag bimbit di bilik tidur suspek, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata, suspek yang berumur 23 dan 29 tahun dari Bintong itu, direman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, bagi membantu siasatan. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 16 Sep 2015 3.59 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.28 PM