Article
Polis Tahan Enam Warga Indonesia Suspek Pecah Rumah Di Kota Tinggi
Kota Tinggi, 16 Mac - Polis Johor percaya dapat menumpaskan kumpulan pecah rumah sekitar daerah Bandar Penawar dan Teluk Sengat dekat sini berikutan tertangkap...
Kota Tinggi, 16 Mac - Polis Johor percaya dapat menumpaskan kumpulan pecah rumah sekitar daerah Bandar Penawar dan Teluk Sengat dekat sini berikutan tertangkapnya enam lelaki warga Indonesia baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata hasil maklumat orang ramai, polis melakukan dua serbuan berbeza pada 8 Mac lepas di Ladang Ulu Papan dan perhentian rehat dan rawat Sungai Mas, Jalan Desaru.
Bagaimanapun, tiga lagi suspek termasuk 'dalang' juga warga Indonesia masih dicari, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini, hari ini.
Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan, merupakan pendatang asing tanpa izin dan berusia antara 33 dan 43 tahun.
"Kita percaya dengan tertangkapnya enam lelaki tersebut sekurang-kurangnya 12 kes kes pecah rumah sekitar Bandar Penawar dan Teluk Sengat berjaya diselesaikan," kata Rahmat.
Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas 25 telefon bimbit pelbagai jenama, satu unit Tab jenama I-Smart, dua komputer riba jenama Acer dan dua unit power bank.
"Pihak kami turut menemui tiga batang joran jenis Apine yang dipercayai dicuri selain menemui semula sebuah motosikal jenis Modenas yang dilaporkan hilang di Balai Polis Penawar pada 11 Okt 2014," kata beliau.
Kesemua suspek ditahan selama 14 hari sehingga 22 Mac ini. - BERNAMA