Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kenyataan Media Ketua Polis Negara Status Siasatan Semula Ke Atas Kematian Mendiang Teoh Beng Hock

Diterbitkan: 16 Mar 2015 9.33 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.22 PM
Susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 September 2014 berhubung kes mendiang Teoh Beng Hock, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka semula siasatan serta-merta di mana satu pasukan khas telah ditubuhkan atas arahan Jabatan Peguam Negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenyataan-media-ketua-polis-negara-status-siasatan-semula-ke-atas-kematian-mendiang-teoh-beng-hock
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:07 MYT
Susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 September 2014 berhubung kes mendiang Teoh Beng Hock, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka semula siasatan serta-merta di mana satu pasukan khas telah ditubuhkan atas arahan Jabatan Peguam Negara.

Untuk makluman, siasatan yang menyeluruh masih dijalankan. Justeru, tidak timbul isu pihak berkuasa, khususnya pihak PDRM dalam kes ini, tidak mengambil sebarang tindakan atau ingkar arahan Mahkamah Rayuan.

Bagi memastikan keadilan kepada semua pihak, termasuk keluarga Teoh Beng Hock, PDRM memerlukan masa untuk menjalankan siasatan dari pelbagai sudut. PDRM dari semasa ke semasa memaklumkan kepada Pendakwa Raya berhubung status hasil siasatan yang sedang dijalankan.

Justeru, diharap semua pihak memberi kerjasama bagi membolehkan pihak PDRM menjalankan siasatan dengan baik dan tidak mempolitikkan isu ini. Diingatkan juga agar tidak dikeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat dan menjejaskan reputasi agensi penguat kuasa.

(TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR) IG
KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA

Kenyataan Media Ketua Polis Negara Status Siasatan Semula Ke Atas Kematian Mendiang Teoh Beng Hock
Kenyataan Media Ketua Polis Negara Status Siasatan Semula Ke Atas Kematian Mendiang Teoh Beng Hock
ArtikelDiterbitkan 16 Mar 2015 9.33 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.22 PM