Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Enam Warga Indonesia Suspek Pecah Rumah Di Kota Tinggi

Diterbitkan: 16 Mar 2015 12.11 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Tinggi, 16 Mac - Polis Johor percaya dapat menumpaskan kumpulan pecah rumah sekitar daerah Bandar Penawar dan Teluk Sengat dekat sini berikutan tertangkapnya enam lelaki warga Indonesia baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-enam-warga-indonesia-suspek-pecah-rumah-di-kota-tinggi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:55 MYT
Kota Tinggi, 16 Mac - Polis Johor percaya dapat menumpaskan  kumpulan pecah rumah sekitar daerah Bandar Penawar dan Teluk Sengat dekat sini berikutan tertangkapnya enam lelaki warga Indonesia baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata hasil maklumat orang ramai, polis melakukan dua serbuan berbeza pada 8 Mac lepas di Ladang Ulu Papan dan perhentian rehat dan rawat Sungai Mas, Jalan Desaru. 

Bagaimanapun, tiga lagi suspek termasuk 'dalang' juga warga Indonesia masih dicari, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini, hari ini.
Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan, merupakan pendatang asing tanpa izin dan berusia antara 33 dan 43 tahun.

"Kita percaya dengan tertangkapnya enam lelaki tersebut sekurang-kurangnya 12 kes kes pecah rumah sekitar Bandar Penawar dan Teluk Sengat berjaya diselesaikan," kata Rahmat.

Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas 25 telefon bimbit pelbagai jenama, satu unit Tab jenama I-Smart, dua komputer riba jenama Acer dan dua unit power bank.

"Pihak kami turut menemui tiga batang joran jenis Apine yang dipercayai dicuri selain menemui semula sebuah motosikal jenis Modenas yang dilaporkan hilang di Balai Polis Penawar pada 11 Okt 2014," kata beliau.

Kesemua suspek ditahan selama 14 hari sehingga 22 Mac ini. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 16 Mar 2015 12.11 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM