Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berkas Lima Anggota Geng Syahrul Perling

Diterbitkan: 23 May 2016 9.38 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.28 PM
Johor Baharu, 23 Mei 2016 - Polis berjaya menahan lima anggota 'Geng Syahrul Perling' yang aktif menjalankan kegiatan samun jalanan melalui dua serbuan di sini pada Khamis dan awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-lima-anggota-geng-syahrul-perling
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:00 MYT
Johor Baharu, 23 Mei 2016 - Polis berjaya menahan lima anggota 'Geng Syahrul Perling' yang aktif menjalankan kegiatan samun jalanan melalui dua serbuan di sini pada Khamis dan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata kelima-lima suspek berusia antara 19 dan 21 tahun itu ditahan secara berasingan pada pukul 4.50 petang Khamis dan 2.50 pagi tadi di dua buah rumah di Taman Tampoi Indah, Tampoi dan Taman Perling di sini. 

Menurutnya, hasil serbuan, polis merampas pelbagai barangan termasuk 43 telefon bimbit, tiga buah kenderaan, sepucuk pistol tiruan, sebatang kayu besbol serta sebilah pisau dan parang yang dipercayai diguna dan diperoleh suspek sepanjang kegiatan itu.

Selain itu, polis turut menemui dua peket plastik yang mengandungi daun-daun kering disyaki ganja daripada dua suspek, kata Mohd Taib dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata kesemua mereka aktif melakukan samun di kawasan Iskandar Malaysia sejak pertengahan tahun lalu dengan menjadikan warga asing yang berjalan kaki sebagai sasaran.

Kumpulan ini juga bergerak secara bersama dengan menaiki sebuah kenderaan untuk mencari warga asing, kemudian menyamun wang tunai serta telefon bimbit mangsa.

"Dengan tertangkapnya kumpulan ini, polis percaya dapat menyelesaikan kira-kira 20 kes samun jalanan terhadap warga asing di kawasan Iskandar.

"Polis kini dalam usaha memburu dua lagi rakan mereka yang masih bebas," katanya dan menambah kesemua suspek ditahan reman sehingga 25 dan 26 Mei untuk siasatan di bawah pelbagai akta termasuk Seksyen 36 Akta Senjata 1960.- BERNAMA 
ArtikelDiterbitkan 23 May 2016 9.38 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.28 PM