Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Empat Lelaki Disyaki Penagih Dan Pengedar Dadah Kecilan Di Kota Tinggi

Published: 16 May 2015 9.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Tinggi, 16 Mei- Polis menahan empat lelaki disyaki penagih dan pengedar dadah kecil-kecilan serta merampas sejumlah dadah pelbagai jenis di dua lokasi berasingan, dekat sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-empat-lelaki-disyaki-penagih-dan-pengedar-dadah-kecilan-di-kota-tinggi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:24 MYT

Kota Tinggi, 16 Mei- Polis menahan empat lelaki disyaki penagih dan pengedar dadah kecil-kecilan serta merampas sejumlah dadah pelbagai jenis di dua lokasi berasingan, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata dua dari empat lelaki itu, yang masing-masing berusia 40 dan 41 tahun itu, ditangkap ketika sedang leka menghisap da...dah di sebuah rumah, Felda Bukit Waha.

"Hasil pemeriksaan lanjut, polis menjumpai enam paket plastik cerah mengandungi bahan dipercayai dadah heroin dengan berat kasar 22.1 gram dan satu paket bahan bentuk kristal dipercayai dadah syabu dengan berat kasar 0.01 gram.

Dadah yang boleh menampung sehingga 20 orang (penagih) itu dipercayai diperolehi daripada pembekal tempatan dipercayai dari Felda Simpang Waha di sini," kata beliau, dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Bahaya (ADB) 1952.

Dalam serbuan lain pada hari yang sama, dua lelaki berusia 35 dan 25 tahun ditahan di dua tanah rancangan Felda berasingan iaitu Felda Waha dan Felda Lok Heng, kerana masing-masing memiliki dadah jenis syabu dan heroin dengan berat kasar 0.01 gram dan 0.4 gram.

Kedua-dua lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952," kata beliau.- BERNAMA

ArticlePublished 16 May 2015 9.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM