Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Empat Lelaki Bantu Siasatan Kes Samun Dan Bunuh

Diterbitkan: 24 May 2015 11.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 24 Mei- Empat suspek ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian seorang lelaki yang cedera parah dalam kejadian samun di PPR Batu Muda, Jalan Ipoh, Jumaat lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-empat-lelaki-bantu-siasatan-kes-samun-dan-bunuh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:45 MYT

Kuala Lumpur, 24 Mei- Empat suspek ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian seorang lelaki yang cedera parah dalam kejadian samun di PPR Batu Muda, Jalan Ipoh, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata dalam kejadian 9.15 malam itu, mangsa yang sedang tidur di kaki lima di kawasan berkenaan didatangi tiga lelaki dan terus memukul mangsa.

"Suspek yang menaiki kereta Iswara Aeroback telah memukul mangsa menggunakan kayu, kerusi plastik dan mengacukan pisau panjang ke arah mangsa.

Dalam kejadian itu, mangsa cedera di kedua-dua belah tangan dan telinga kiri. Suspek turut melarikan telefon bimbit jenis Nokia, kad pengenalan dan wang tunai RM50, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Munusamy berkata mangsa berusia 39 tahun dan merupakan seorang penganggur itu rebah dan meninggal dunia di atas jalan raya berhampiran Kondominium Casa Idaman, Jinjang ketika dalam perjalanan ke balai polis Jinjang untuk membuat laporan, selepas mendapatkan rawatan di hospital.

"Mangsa ketika mendapatkan rawatan di hospital, sempat memberi keterangan kepada polis dan berjumpa ibunya," katanya.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 32 tahun dan merampas sebuah kereta jenis Wira Aeroback yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan hasil soal siasat, tiga lagi lelaki berusia lingkungan 18 hingga 31 ditahan, katanya.

"Salah seorang suspek mempunyai rekod mencederakan orang mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan kesemuanya ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 24 May 2015 11.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM