Artikel
Polis P Pinang Tahan 21 Gro Warga China Dalam Ops Noda
Polis menahan 21 wanita warga China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus di sini dalam satu operasi Isnin malam....
Polis menahan 21 wanita warga China
yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di
Pulau Tikus di sini dalam satu operasi Isnin malam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata turut ditahan bersama kumpulan wanita berusia lingkungan 20-an itu ialah seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis.
"Siasatan awal mendapati semua wanita itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah tetapi mereka telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO dan dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.
Beliau berkata premis hiburan yang dilengkapi dengan pintu pagar geriji serta dikawal ketat 'tonto' itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini.
Gan berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas perjalanan dan Seksyen 55(b) akta sama kerana menggaji pekerja tanpa dokumen sah.