Artikel
Polis Tahan Dua Lelaki Sedang Jual Beli Dadah
Polis menahan dua lelaki ketika dipercayai sedang berurus niaga bahan dadah dalam satu serbuan di hadapan sebuah rumah di Mengkuang Berapit di sini, malam tadi...
Bukit Mertajam, 11 Disember 2016 - Polis menahan dua lelaki ketika dipercayai sedang berurus niaga bahan dadah dalam satu serbuan di hadapan sebuah rumah di Mengkuang Berapit di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul
Hamid berkata, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik SPT menahan
dua lelaki berusia 30-an dan 50-an itu dalam sebuah kereta jenis Honda Civic di hadapan rumah berkenaan kira-kira 10 malam.
"Selepas memeriksa beg silang milik mereka, polis menjumpai dadah jenis syabu dan pil eramin 5 dan pemeriksaan lanjut menemui satu bungkusan plastik warna hitam di bawah tempat duduk hadapan yang mengandungi hampir 453 gram heroin," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Katanya semua dadah bernilai kira-kira RM7,000 itu dirampas dan polis turut menyita kereta yang dinaiki dua lelaki berkenaan.
Beliau berkata polis mengsyaki kedua-dua lelaki itu merupakan anggota sindiket pengedaran dadah dan dipercayai aktif mengedar bahan terlarang itu di sekitar negeri ini sejak beberapa bulan lepas.
Nik Ros Azhan berkata kedua-dua lelaki itu juga didapati positif dadah dan kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam perkembangan lain beliau berkata polis menahan dua lelaki berusia 20-an dipercayai anggota geng pecah rumah dan mengedar dadah dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Chain Feri menghala ke Butterworth dekat sini, malam tadi.
Katanya dalam operasi bermula 10 malam hingga 3 pagi itu, polis menahan sebuah kereta jenis Mazda dinaiki dua lelaki itu dan pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu palsu serta nombor casisnya juga tiada dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan.
"Pemeriksaan lanjut polis menemui sebilah pedang panjang berukuran kira-kira 81cm, sebilah pisau bersarung ukuran 29cm dan sebilah kerambit serta satu beg hitam mengandungi dadah jenis syabu 2.9gm, heroin 2.45gm serta lapan biji pil eramin 5," katanya.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu didapati positif dadah serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah dan kini direman selama enam hari. - BERNAMA