Artikel
Empat Individu Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pemandu Teksi
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pemandu teksi ditemui mati dalam teksinya di Kampung Kebun Lama, di sini pada...
George Town, 12 Disember 2016 - Empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pemandu teksi ditemui mati dalam teksinya di Kampung Kebun Lama, di sini pada 4 Dis lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata semua mereka termasuk wanita warga Indonesia itu ditahan di beberapa lokasi sekitar George Town pada Sabtu malam.
"Hasil siasatan dan maklumat diperoleh polis berjaya mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu dan kami turut merampas beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.
Mior Faridalathrash berkata mereka yang berusia 36 hingga 47 tahun itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Mayat seorang pemandu teksi ditemui dengan lima kesan tikaman dalam teksinya di hadapan sebuah pusat servis kereta di Jalan Terengganu di sini, kira-kira 1.50 pagi, 4 Dis lepas.- BERNAMA