Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Dua Individu Rampas Set Komputer Judi

Published: 11 Jul 2014 2.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu pihaknya menahan dua individu berusia 19 dan 54 tahun...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-individu-rampas-set-komputer-judi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:18 MYT
Kota Bharu, 22 Jun - Polis menahan dua individu serta merampas empat buah set komputer bernilai kira-kira RM5,000 dalam serbuan di sebuah premis di Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu pihaknya menahan dua individu berusia 19 dan 54 tahun.

Katanya ketika serbuan dilakukan, seorang daripada suspek sedang leka berjudi di ruang utama premis berkenaan.

"Kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Lai berkata siasatan awal mendapati berlaku aktiviti perjudian melalui internet di premis berkenaan.

"Kesemua barang di dalam premis berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan jika sabit kesalahan, pemilik premis berdepan denda RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 11 Jul 2014 2.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM