Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

40 Pendatang Asing Ditahan Di Ladang Sawit Di Kinabatangan

Diterbitkan: 11 Jul 2014 2.13 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.28 PM
Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, katanya ketika dihubungi Bernama...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/40-pendatang-asing-ditahan-di-ladang-sawit-di-kinabatangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:50 MYT
Kinabatangan, 22 Jun - Empat puluh pendatang tanpa izin ditahan dalam satu operasi di sebuah ladang sawit dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata 34 daripada pendatang tanpa izin adalah warga Filipina berusia antara dua hingga 45 tahun manakala enam lagi warga Indonesia berusia antara 21 hingga 59 tahun.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya dalam operasi bermula pukul 2 pagi dan berakhir 6 pagi itu, 86 warga asing diperiksa dan hanya 40 daripada mereka ditahan selepas didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

A. Sahak berkata operasi itu akan diperluaskan ke beberapa ladang kelapa sawit di sekitar daerah ini bagi memastikan majikan menggaji pekerja asing yang memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2014 2.13 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.28 PM