Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Dua Along Sedang Kutip Hutang Di Kulaijaya

Diterbitkan: 28 May 2015 12.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bahru, 28 Mei - Polis menahan dua lelaki dipercayai along ketika sedang mengutip hutang di Pekan Kelapa Sawit, Kulaijaya, tengah hari semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-along-sedang-kutip-hutang-di-kulaijaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:54 MYT


Johor Bahru, 28 Mei - Polis menahan dua lelaki dipercayai along ketika sedang mengutip hutang di Pekan Kelapa Sawit, Kulaijaya, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Razak Md Said berkata kedua suspek itu, masing-masing berumur 35 dan 47 tahun ditahan ketika sedang berurusan dengan seorang pelanggan mereka.

"Kedua-dua lelaki itu memang dikehendaki polis kerana dipercayai terlibat dengan beberapa kes pinjaman wang haram di sekitar daerah Kulaijaya," kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Polis turut merampas sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Hyundai Tucson, wang tunai RM30,000, dua telefon bimbit dan sejumlah dokumen berkaitan urusniaga pinjaman wang tanpa lesen.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 kerana menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 28 May 2015 12.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM