Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Adik Beradik Rampas Heroin 13 6 Kilogram

Published: 17 Jun 2014 5.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan dua beradik lelaki dan merampas dadah jenis heroin seberat 13.6 kilogram dianggar bernilai RM720,000 di tepi Jalan Semenyih, Kajang di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-adik-beradik-rampas-heroin-13-6-kilogram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:51 MYT

Polis menahan dua beradik lelaki dan merampas dadah jenis heroin seberat 13.6 kilogram dianggar bernilai RM720,000 di tepi Jalan Semenyih, Kajang di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata adik-beradik berumur 29 dan 32 tahun itu ditahan ketika sedang membuat urus-niaga dadah dengan seorang pembeli kira-kira pukul 12 tengah hari.

Polis juga tidak menolak kemungkinan mereka mempunyai kaitan dengan

sindiket dadah dari negeri lain, katanya. Beliau berkata kedua-dua lelaki itu masing-masing mempunyai dua dan tiga rekod jenayah lampau termasuk membabitkan penyalahgunaan dadah. Kedua-dua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, katanya.

Polis Tahan Adik Beradik Rampas Heroin 13 6 Kilogram

Sumber : Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
ArticlePublished 17 Jun 2014 5.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM