Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan 7 Lelaki Terlibat Judi Dalam Talian

Diterbitkan: 26 Jan 2016 9.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Tinggi, 26 Jan - Tujuh lelaki, termasuk seorang penjaga kaunter, yang sedang leka berjudi dalam talian ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kedai, di Jalan Mutahir, di sini Jumaat lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-7-lelaki-terlibat-judi-dalam-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:57 MYT


Kota Tinggi, 26 Jan - Tujuh lelaki, termasuk seorang penjaga kaunter, yang sedang leka berjudi dalam talian ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kedai, di Jalan Mutahir, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata kesemua lelaki terbabit, berusia antara 20 dan 36 tahun, merupakan penduduk tempatan.

"Turut dirampas barangan berkaitan kegiatan perjudian termasuk sebuah komputer riba jenama Fujitsu, sebuah komputer riba jenama Lenovo dan sebuah modem internet," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Rahmat berkata, kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau berkata orang awam diminta memberi kerjasama melaporkan kegiatan perjudian di kawasan masing-masing dan diminta menyalurkan maklumat itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-8837222.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 26 Jan 2016 9.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM