Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penyerang Jakarta Buat Panggilan Ke Malaysia

Diterbitkan: 26 Jan 2016 9.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 26 Jan - Seorang penyerang bom di Jakarta pada 14 Jan lalu telah membuat panggilan kepada satu talian di negara ini sebelum kejadian itu, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Dato' Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyerang-jakarta-buat-panggilan-ke-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:19 MYT


Kuala Lumpur, 26 Jan - Seorang penyerang bom di Jakarta pada 14 Jan lalu telah membuat panggilan kepada satu talian di negara ini sebelum kejadian itu, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Dato' Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun.

Beliau berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan siasatan forensik yang dilakukan polis Indonesia.

"Kami (polis Malaysia) sedang menyiasat dapatan baru ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 14 Jan lalu, berlaku serangan bom dan senjata api di Jalan MH Thamrin yang menyebabkan tujuh orang termasuk lima penyerang terbunuh sementara 30 orang termasuk lima anggota polis cedera parah. Sehari kemudian seorang yang cedera dilapor meninggal dunia.

Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian dilapor sebagai berkata pihaknya percaya pengasas kumpulan Katibah Nusantara, Muhammad Bahrun Naim yang merupakan ketua kumpulan pengganas Asia Tenggara dan menjadi perancang serangan tersebut.

Namun Mohamad Fuzi berkata berdasarkan siasatan, tiada penyerang di Jakarta merupakan rakyat Malaysia.

Mengenai kumpulan Daesh, beliau berkata polis mengenal pasti bahawa terdapat komunikasi antara elemen Daesh rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia di Syria. 
"Apa yang kami dapati sekarang ialah terdapat komunikasi yang dibuat rakyat Malaysia di sini kepada rakan mereka yang juga rakyat Malaysia di Syria," katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 26 Jan 2016 9.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM