Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 6 Lelaki Warga Nepal Kes Bunuh Kerani Sekolah

Published: 18 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan enam lelaki warga Nepal susulan penemuan mayat seorang kerani sekolah agama berusia 29 tahun yang lehernya dijerut dengan tali langsir di rumahnya di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, Muar, di sini, petang kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-6-lelaki-warga-nepal-kes-bunuh-kerani-sekolah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:03 MYT

Polis menahan enam lelaki warga Nepal susulan penemuan mayat seorang kerani sekolah agama berusia 29 tahun yang lehernya dijerut dengan tali langsir di rumahnya di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, Muar, di sini, petang kelmarin. 

Semua warga Nepal itu adalah buruh binaan yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa dan ditahan bagi membantu siasatan. Semua lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 43 tahun itu ditahan reman selama 14 hari, kata Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, di sini semalam. 

Mayat Nurul Shahira Mohd Yatim, 29, ditemui dalam pakaian tidak terurus di hadapan pintu bilik tidur rumah itu kira-kira jam 6 petang.

ACP Azman berkata, pihaknya menerima panggilan 999 kira-kira jam 6 petang daripada jiran mangsa memaklimikan keadaan mencurigakan di rumah mangsa.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis peronda dihantar ke lokasi kejadian dan menemui sebuah kereta jenis Honda Civic milik mangsa yang enjinnya masih hidup dengan pintu depan pemandu terbuka. 

''Pemeriksaan lanjut ke dalam rumah pula membawa penemuan seorang wanita dalam keadaan terbaring di hadapan pintu bilik utama dan mangsa dipercayai dijerut menggunakan tali langsir," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, semalam.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut polis mendapati beg tangan, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri milik mangsa juga tiada di lokasi kejadian. 

Beliau berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Muar ditubuhkan bagi menylasat dan melancarkan gerakan untuk mengesan suspek.

Sumber : Berita Harian
Polis Tahan 6 Lelaki Warga Nepal Kes Bunuh Kerani Sekolah

ArticlePublished 18 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM