Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Stagg Pergiat Banteras Sindiket Judi

Diterbitkan: 18 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman. Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menggiatkan usaha memburu dalang sindiket judi di seluruh negara dengan menyamar sebagai kaki judi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/stagg-pergiat-banteras-sindiket-judi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:44 MYT

 

Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman. Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menggiatkan usaha memburu dalang sindiket judi di seluruh negara dengan menyamar sebagai kaki judi. 

Taktik itu adalah sebahagian kaedah digunakan polis untuk mengenalpasti lokasi serta individu yang terbabit secara langsung dalam jenayah terancang itu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya menegaskan, polis sehingga kini sudah menahan 53 penganjur rumah judi haram sejak awal Januari lalu. 

Katanya, usaha itu dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti haram itu berjaya disekat dan tidak dihidupkan kembali. 

Sumber : Harian Metro
Stagg Pergiat Banteras Sindiket Judi

ArtikelDiterbitkan 18 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM