Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 51 Lelaki Dalam Ops Tapis Di Sekitar Kuantan

Published: 19 Jun 2014 2.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 3 Mac - Polis menahan 51 lelaki termasuk 19 warga Myanmar dalam Operasi Tapis Bersepadu Khas di Kampung Chengal Lempong/Beserah, Kemunting dan Tanjung Lumpur di sini semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-51-lelaki-dalam-ops-tapis-di-sekitar-kuantan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:05 MYT

Kuantan, 3 Mac - Polis menahan 51 lelaki termasuk 19 warga Myanmar dalam Operasi Tapis Bersepadu Khas di Kampung Chengal Lempong/Beserah, Kemunting dan Tanjung Lumpur di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jamsani Yusoff berkata operasi bermula 8 pagi hingga 6 petang melibatkan 33 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

"Dalam operasi berkenaan, seramai 32 lelaki termasuk enam warganegara Myanmar ditahan atas kesalahan dadah, enam ditahan atas kesalahan mencuri kenderaan, manakala 13 lagi lelaki warga Myanmar ditahan kerana kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya hasil operasi itu, polis turut merampas beberapa biji pil kuda, wang tunai RM2,000 dipercayai hasil jualan dadah serta sebuah kereta jenis Perodua Kancil, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux, dan sebuah motosikal jenis Honda Wave yang disyaki kenderaan curi.

Kesemua suspek berusia 20 hingga 30-an itu ditahan di IPD Kuantan untuk membantu siasatan.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM