Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berkas Lelaki Terbabit Pengedaran Dadah Di Ajil

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Hulu Terengganu, 3 Mac - Polis memberkas seorang lelaki berusia 47 tahun semalam kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Pekan Ajil...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-lelaki-terbabit-pengedaran-dadah-di-ajil
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:47 MYT

Hulu Terengganu, 3 Mac - Polis memberkas seorang lelaki berusia 47 tahun semalam kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Pekan Ajil.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata turut ditemui bersama suspek adalah dadah bernilai kira-kira RM16,000.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan polis menemui sejumlah botol berisi serbuk putih dipercayai heroin dan beberapa paket plastik mengandungi pil dipercayai dadah jenis pil kuda.

Suspek berjaya ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, katanya pada sidang media di IPD Hulu Terengganu di sini hari ini.

Katanya suspek kini direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan dan suspek mempunyai empat rekod lampau membabitkan kesalahan berkaitan dadah.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM