Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 44 Pendatang Asing

Published: 13 Jun 2014 4.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membina penempatan haram berhampiran tapak pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-44-pendatang-asing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:27 MYT

KUALA LUMPUR 7 Mei 2010 - Polis menahan 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membina penempatan haram berhampiran tapak pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta di sini awal pagi ini.

Serbuan kira-kira pukul 2 pagi dilakukan ketika kesemua PATI terbabit sedang tidur nyenyak.

Terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa, mereka yang dalam keadaan separuh sedar kerana baru bangun dari tidur, tidak melawan atau melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 33 warga Indonesia, enam Bangladesh dan lima Kemboja yang berusia antara 21 hingga 40 tahun.

"Kesemua mereka didapati masuk dan menetap di negara ini secara haram kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Polis menahan mereka di bawah Akta Imigresen 1959 dan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahad lalu, seramai 13 PATI warga Indonesia dan Bangladesh ditahan selepas polis menyerbu lokasi yang sama.

Pendatang asing itu dipercayai membina penempatan baru di situ setelah tempat persembunyian mereka di kawasan hutan Bukit Segambut diserbu pada 11 Mac lalu.

Menurut Wan Abdul Bari, serbuan hari ini disertai 40 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields selain dibantu 50 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

ArticlePublished 13 Jun 2014 4.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM