Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

2 Lelaki Ditahan Polis Rampas Pistol

Diterbitkan: 13 Jun 2014 4.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Selepas melakukan pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol dan sembilan butir peluru di bawah tempat duduk pemandu kereta yang mereka naiki..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/2-lelaki-ditahan-polis-rampas-pistol
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:47 MYT

PULAU PINANG 8 Mei 2010 - Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai penjaga kereta haram dan merampas sepucuk pistol serta sembilan butir peluru di Jalan Datuk Keramat, di sini hari ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, dalam kejadian kira-kira 3.20 pagi, dua lelaki itu masing-masing berusia 39 dan 33 tahun yang menaiki sebuah Proton Perdana V6, diekori sejauh 500 meter selepas pasukan peronda mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan.

"Selepas melakukan pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol dan sembilan butir peluru di bawah tempat duduk pemandu kereta yang mereka naiki itu,” katanya kepada pemberita.

Ayub berkata, polis sedang menyiasat tujuan lelaki terbabit memiliki senjata api, termasuk kemungkinan untuk digunakan bagi melakukan jenayah.

Katanya, salah seorang daripada suspek juga mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan kes curi dalam bangunan, ugutan dan memiliki senjata secara haram

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 4.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM