Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 31 Anggota Sindiket Along Dalam Ops Vulture

Published: 18 Apr 2017 7.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur 18 April 2017 - Polis menahan 31 individu dipercayai anggota sindiket Along ,terdiri daripada 27 lelaki dan empat wanita dalam operasi Vulture 3/17 (Along) di beberapa negeri semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-31-anggota-sindiket-along-dalam-ops-vulture
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:08 MYT

Kuala Lumpur 18 April 2017 - Polis menahan 31 individu dipercayai anggota sindiket  Along ,terdiri daripada 27 lelaki dan empat wanita dalam operasi Vulture 3/17 (Along) di beberapa negeri  semalam. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kesemua suspek yang berumur antara 23 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi serentak di  Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan. 

“Kesemua yang ditahan adalah warganegara Malaysia dan kebanyakan daripada mereka berperanan sebagai pengutip wang pinjaman di negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. 

Pihak polis turut  merampas 16 kenderaan pelbagai jenis, 17 telefon bimbit, barang kemas, empat jam tangan berjenama, 38 kad ATM milik peminjam, 14 buku akaun simpanan pelbagai bank dan 10 komputer riba selain menyita dua rumah milik salah seorang anggota sindiket di Nilai, Negeri Sembilan.

Kesemua suspek akan disiasat dibawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.          -- BERNAMA 


ArticlePublished 18 Apr 2017 7.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM