Apc 2016 10 127 Warga Pdrm Terima Anugerah
Kuala Lumpur, 18 April 2017 - Seramai 10,127 pegawai, anggota dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang dan mempunyai komitmen tinggi kepada pasukan sepanjang tahun 2016 telah terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016.
Di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, telah diadakan Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Tahun 2016 yang bertempat di Dewan Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, sebentar tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapannya berkata, anugerah seumpama ini diharap dapat menggalakkan warga PDRM untuk terus memberikan komitmen dan daya usaha terbaik bagi mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi.
“Pengiktirafan ini juga seharusnya mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan warga pasukan untuk membuktikan keupayaan masing-masing bagi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik demi kecemerlangan pasukan,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, mengulas berkenaan Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Tahun 2016, beliau menjelaskan pertandingan seperti ini amat bertepatan dengan hasrat beliau dan barisan pimpinan PDRM dalam usaha memperkasakan perkhidmatan awam dengan nilai integriti serta memastikan panduan kuarters dilaksanakan di semua peringkat mengikut tatacara standard yang telah ditetapkan.
“Anugerah ini juga membuktikan kepada masyarakat, bahawa warga pasukan sentiasa produktif dan agresif dalam melaksanakan amalan hijau, dalam menzahirkan kecemerlangan institusi PDRM,” ujarnya lagi.
Anugerah yang julung-julung kali diadakan ini telah diperkenalkan semasa Sambutan Ulang Tahun Peringatan Hari Polis ke-210 baru-baru ini dan akan menjadi acara tahunan PDRM.
Hadir sama memeriahkan majlis pada hari adalah Naib Presiden Kanan / Ketua Peruncitan Dan Perniagaan Komuniti Bank Simpanan Nasional, Dato’ Mearia Hamzah, barisan pengarah-pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan, anggota dan pegawai-pegawai awam PDRM serta wakil-wakil media.
Nyanyian lagu 'Negaraku'...
Antara yang hadir...
Antara yang hadir...
Antara yang hadir...
Antara yang hadir...
Bacaan doa oleh Supt. Ghazali..
Ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar...
Upacara pemakaian pangkat CP kepada Dato' Huzir bin Mohammad..
Upacara pemakaian pangkat DCP kepada Dato' Zulkifli bin Mohamed..
Upacara pemakaian pangkat DCP kepada Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Dato' Mahamad Akhir bin Darus..
Sekitar upacara pemakaian pangkat kepada pegawai-pegawai kanan PDRM.
Sekitar upacara pemakaian pangkat kepada pegawai-pegawai kanan PDRM...
Sekitar upacara pemakaian pangkat kepada pegawai-pegawai kanan PDRM...
Sekitar upacara penganugerahan APC kepada Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Dato' Abdul Ghafar bin Rajab..
Sekitar upacara penganugerahan APC kepada Dato' Fuad Bin Abd. Latiff..
Sekitar upacara penganugerahan APC kepada Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Dato' Mahamad Akhir bin Darus..
Sekitar upacara penganugerahan APC kepada Komander UTK, Dato' Hazani bin Ghazali..
Sekitar upacara penganugerahan APC...
Sekitar upacara penganugerahan APC...
Sekitar upacara penganugerahan APC...
Sekitar upacara penganugerahan APC...
Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Tahun 2016 Kategori A: Johan - Perumahan Desa Tasik, Sungai Besi..
Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Tahun 2016 Kategori A: Johan - Perumahan Desa Tasik, Sungai Besi..
Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Tahun 2016 Kategori A: Ketiga - Perumahan Polis Seriab, Kangar, Perlis..
Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Tahun 2016 Kategori B: Johan - IPD Seri Alam, Johor..
Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Tahun 2016 Kategori B: Naib Johan- Perumahan IPD Kota Setar, Kedah...
Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Tahun 2016 Kategori B: Ketiga- Perumahan IPD Lubok Antu, Sarawak...
Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Tahun 2016 Kategori C: Johan- Perumahan Balai Polis Bandar Dato' Onn, Johor..
Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Tahun 2016 Kategori C: Ketiga- Perumahan Balai Polis Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah...
Sesi bergambar kenangan penerima kenaikan pangkat bersama Ketua Polis Negara...
Sesi bergambar kenangan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bersama Ketua Polis Negara...