Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 27 Penagih Termasuk Pengedar Dadah Di Kuala Muda

Published: 20 May 2015 1.34 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kepala Batas, 20 Mei - Polis menahan 27 penagih dadah, termasuk dua lelaki yang merupakan pengedar dadah dan memang dikehendaki menurut Seksyen Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, dalam serbuan di sekitar Kuala Muda, dekat sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-27-penagih-termasuk-pengedar-dadah-di-kuala-muda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:07 MYT

Kepala Batas, 20 Mei - Polis menahan 27 penagih dadah, termasuk dua lelaki yang merupakan pengedar dadah dan memang dikehendaki menurut Seksyen Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, dalam serbuan di sekitar Kuala Muda, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata dalam operasi khas dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi ini, polis menyerbu kawasan penagih dada...h di Kuala Muda dan menahan kesemua lelaki itu berumur 20 hingga 56 tahun.

"Dalam serbuan itu, kami berjaya menahan dua lelaki berumur 30-an yangmemang dikehendaki kerana terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan Kepala Batas.

"Dua lelaki yang juga penagih dadah dan tinggal di Penaga itu dipercayai bersembunyi di kawasan bot nelayan sekitar Kuala Muda bagi mengelak ditahan polis sejak beberapa bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan juga mendapati dua lagi lelaki daripada 27 lelaki yang ditahan dalam serbuan itu dipercayai terlibat kes samun pembantu Amanah Ikhtiar Malaysia pada 13 Mei lepas mengakibatkan kerugian RM25,000.

"Setakat ini kami belum menemui duit berkenaan dan polis sedang menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat daripada dua lelaki yang juga penagih dadah itu," katanya.

Abdul Rahman berkata 23 penagih dadah yang lain itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 dan kebanyakan mereka adalah nelayan di sekitar Kuala Muda.

Katanya dalam operasi itu, ada beberapa penagih dadah cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai berhampiran kawasan mereka menagih dadah, bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya menahan mereka.

"Operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dan saya menyeru semua pihak terutama masyarakat setempat agar menyalurkan maklumat kepada polis bagi membendung kegiatan menagih dadah," katanya.- BERNAMA

 
ArticlePublished 20 May 2015 1.34 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM