Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan 26 Individu Terlibat Aktiviti Judi Dan Loteri Awam Tanpa Lesen

Diterbitkan: 16 Apr 2017 8.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 16 April 2017 - Polis menahan 26 individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti judi dan loteri awam tanpa lesen di 26 premis di negeri itu, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-26-individu-terlibat-aktiviti-judi-dan-loteri-awam-tanpa-lesen
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:07 MYT

Johor Bahru, 16 April 2017 - Polis menahan 26 individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti judi dan loteri awam tanpa lesen di 26 premis di negeri itu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata serbuan bermula pada 4.30 petang hingga 7 malam itu melibatkan operasi di empat daerah termasuk Johor Bahru, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

Menurut beliau, serbuan itu dilakukan di pelbagai premis perniagaan termasuk kedai runcit dan kedai menjual telefon bimbit.

"Kesemua yang ditahan berumur 17 hingga 48 tahun dan terdiri daripada 24 lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing, " katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Selain itu, polis turut merampas 26 unit telefon, 26 unit mesin pencetak dan wang tunai bernilai RM1,281 yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti itu.

-- BERNAMA

 

ArtikelDiterbitkan 16 Apr 2017 8.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM