Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Perjumpaan Semula Batalion 9 Pph Batalion 6 Pga

Diterbitkan: 16 Apr 2017 12.31 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Muar, 16 April 2017 - Berlangsung di Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar, telah diadakan satu majlis perjumpaan semula bekas-bekas pegawai dan anggota Batalion 9 Pasukan Polis Hutan (PPH) yang kini dikenali dengan Pasukan Gerakaan Am, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-perjumpaan-semula-batalion-9-pph-batalion-6-pga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:09 MYT
MAJLIS PERJUMPAAN SEMULA BATALION 9 PPH/ BATALION 6 PGA

Muar, 16 April 2017 - Berlangsung di Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar, telah diadakan satu majlis perjumpaan semula bekas-bekas pegawai dan anggota Batalion 9 Pasukan Polis Hutan (PPH) yang kini dikenali dengan Pasukan Gerakaan Am, petang tadi.

Majlis perjumpaan semula itu telah dihadiri oleh seramai 25 pegawai kanan serta 450 anggota termasuk yang telah bersara dan juga masih berkhidmat.

Bermula seawal pukul sembilan pagi, majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Muar, Yang Berhormat Puan Zaiton Haji Ismail di mana beliau juga adalah merupakan anak kepada Allahyarham SM Haji Ismail Haji Hashim, bekas SM Kompeni ‘B’ Batalion 9 PPH dan disusuli dengan ucapan perasmian dan sesi penyampaian cenderahati.

Program diteruskan dengan sesi lawatan dan penyampaian sumbangan kebajikan kepada sahabat-sahabat yang uzur di sekitar kawasan Bakri, Muar.

Batalion 9 PPH telah diwujudkan pada 10 Oktober 1970 dan telah melalui beberapa transformasi serta era kepimpinan Ketua Polis Negara sehingga dijenamakan semula dalam satu upacara penyerahan panji-panji pada 11 November 1997 seterusnya dikenali dengan Batalion 6 PGA Bakri, Muar sehingga ke hari ini.

_MG_0717
Sesi bergambar kenangan...

_MG_8305
Ketibaan para tetamu yang hadir..

_MG_8292
Ketibaan para tetamu yang hadir..

Ketibaan Yang Berhormat
Ketibaan Yang Berhormat Puan Zaiton Haji Ismail 

_MG_8325
Bacaan doa...

_MG_0686Sekitar ucapan aluan...

_MG_0691
Sekitar ucapan Yang Berhormat Puan Zaiton Haji Ismail 

_MG_0703
Sesi penyampaian cenderahati...



ArtikelDiterbitkan 16 Apr 2017 12.31 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM