Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 2 Lelaki Rampas Pistol

Published: 16 Jun 2014 12.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Lelaki berusia 39 tahun itu mempunyai 18 rekod jenayah antaranya samun, curi dan dadah serta turut dikehendaki berhubung beberapa kes di negeri lain..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-2-lelaki-rampas-pistol
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:55 MYT

NIBONG TEBAL, 16 Ogos2010 -- Polis percaya berjaya menyelesaikan beberapa kes peras ugut dan senjata api yang berlaku di sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) selepas menahan dua lelaki kelmarin.

Ketua Polis Daerah SPS Supt Shafien Mamat berkata kedua-dua lelaki berusia 38 dan 39 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Jawi Jaya dan Taman Seruling Emas di sini.

"Hasil maklumat seorang lelaki yang menjadi mangsa mereka pada 14 Ogos lepas, polis melancarkan gerakan bagi mengesan dua lelaki berkenaan.

"Menurut mangsa, tertuduh yang menaiki motosikal datang ke arahnya sebelum mengeluarkan pistol dan mengarahkan dia memberi wang serta barangan berharga," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Katanya berdasarkan gambaran yang diberikan oleh mangsa berhubung dua lelaki terbabit, polis berjaya menahan mereka di dua lokasi berasingan.

Shafien berkata hasil siasatan lanjut polis berjaya menemui senjata api yang digunakan untuk aktiviti memeras ugut mangsa di sekitar daerah ini.

"Kita merampas pistol jenis Norincho buatan Cina termasuk 6 butir peluru bersaiz 9 mm," katanya.

Katanya siasatan awal juga mendapati lelaki berusia 39 tahun itu mempunyai 18 rekod jenayah antaranya samun, curi dan dadah serta turut dikehendaki berhubung beberapa kes di negeri lain.

Kedua-duanya kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971, katanya.

ArticlePublished 16 Jun 2014 12.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM