Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 17 Warga Asing Termasuk Seorang Wanita Dalam Op Ranjau

Published: 15 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Timur laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata bertindak hasil maklumat awam dan risikan, pihaknya menjalankan operasi yang bermula pukul 10 pagi dengan menyerbu dua lokasi penempatan warga asing iaitu di Changkat Bukit Gambir dan Jalan Ahmad Nor, Jelutong di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-17-warga-asing-termasuk-seorang-wanita-dalam-op-ranjau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:17 MYT

George Town, 15 Nov- Polis Pulau Pinang menahan 17 warga asing termasuk seorang wanita dalam dua serbuan berasingan Op Ranjau di daerah Timur Laut, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata bertindak hasil maklumat awam dan risikan, pihaknya menjalankan operasi yang bermula pukul 10 pagi dengan menyerbu dua lokasi penempatan warga asing iaitu di Changkat Bukit Gambir dan Jalan Ahmad Nor, Jelutong di sini.

"Dalam dua serbuan itu, polis menjalankan pemeriksaan ke atas 96 warga asing termasuk lima wanita dan mendapati 17 orang yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan diri," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki Myanmar, tiga lelaki Bangladesh dan masing-masing seorang lelaki Indonesia, seorang wanita Indonesia serta seorang lelaki Nepal yang bekerja sebagai pekerja kontrak di tapak pembinaan dan pembantu kedai.

Katanya mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk didokumentasi dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tiada dokumen diri.

"Operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran warga asing tanpa izin yang bekerja secara haram di negeri ini," katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 15 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM