Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Enam Warga Indonesia Ditahan Cuba Masuk Negara Secara Haram

Diterbitkan: 15 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang menahan enam lelaki warga Indonesia di kawasan pantai Kompleks Sukan Air dan Udara, Bandar Penawar,di sini, awal pagi tadi selepas didapati cuba memasuki negara ini secara tidak sah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/enam-warga-indonesia-ditahan-cuba-masuk-negara-secara-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:48 MYT

Kota Tinggi, 15 Nov - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang menahan enam lelaki warga Indonesia di kawasan pantai Kompleks Sukan Air dan Udara, Bandar Penawar,di sini, awal pagi tadi selepas didapati cuba memasuki negara ini secara tidak sah.

Menurut Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang, keenam-enam lelaki itu termasuk seorang tekong dan pembantu tekong dikesan PPM Pengerang ketika sedang menuju ke arah pantai dengan menaiki sebuah bot laju kira-kira pukul 1.30 pagi.

"Walaupun bot yang dinaiki suspek telah diarahkan untuk berhenti, namun ia tidak diendahkan. Mereka juga cuba meloloskan diri namun berjaya diberkas," jelas beliau.

"Turut dirampas sebuah bot dan tiga unit enjin sangkut," tambah beliau lagi.

Kes disiasat di bawah ATIPSOM dan Akta Imigresen 1959/63.
Enam Warga Indonesia Ditahan Cuba Masuk Negara Secara Haram

ArtikelDiterbitkan 15 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM