Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 15 Individu Enggan Bersurai Dalam Perhimpunan

Published: 17 Jun 2014 5.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Kita tahan mereka kerana tidak mahu bersurai bila diarahkan dan membuat gangguan awam di hadapan pusat membeli belah itu. Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman,' katan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-15-individu-enggan-bersurai-dalam-perhimpunan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:36 MYT

Kuala Lumpur, 15 Jun - Lima belas individu termasuk kanak-kanak lelaki 10 tahun ditahan selepas ingkar arahan bersurai dalam perhimpunan di hadapan pusat membeli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata 13 lelaki, seorang wanita dan kanak-kanak itu ditahan dalam perhimpunan bermula pukul 2 petang.

"Kita tahan mereka kerana tidak mahu bersurai bila diarahkan dan membuat gangguan awam di hadapan pusat membeli belah itu. Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman," katanya.

Difahamkan, perhimpunan tersebut diadakan bagi menggesa orang ramai menyertai satu lagi perhimpunan di Padang Merbok, di sini 22 Jun depan untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

- BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM