Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 13 Warga Afghanistan Cuba Seludup Keluar Malaysi

Published: 17 Jun 2014 3.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Turut dirampas lapan keping kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), satu pasport dan lapan telefon bimbit...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-13-warga-afghanistan-cuba-seludup-keluar-malaysi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:56 MYT

Kuala Lumpur, 16 Mei - Polis menahan 13 warga Afghanistan dalam serbuan penyeludupan migran di kawasan belukar berhampiran Restoran Makanan Laut Asam, Batu Jalan Klang, Port Dickson dekat sini semalam.

Menurut sumber Bukit Aman, ketika ditahan, warga Afghanistan itu, yang terdiri daripada 10 lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kana
k perempuan, sedang bersembunyi di kawasan berkenaan untuk menyeludup keluar dari Malaysia
menggunakan jalan laut.

Turut dirampas lapan keping kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), satu pasport dan lapan telefon bimbit.

"Makluman tangkapan warganegara tersebut telah dimaklumkan kepada Interpol Afghanistan dan Kedutaan Afghanistan," katanya kepada Bernama melalui khidmat pesanan ringkas.

Mereka kini ditahan reman sehingga 22 Mei ini dan kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyedudupan Migran 2007. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM