Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Pistol Buatan Sendiri Tahan Dua Lelaki Dalam S

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata dalam serbuan hasil maklumat orang awam itu, pihaknya turut merampas dua butir peluru penabur serta satu 'holster' (sarung pistol) berwarna ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-pistol-buatan-sendiri-tahan-dua-lelaki-dalam-s
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:50 MYT

Alor Setar, 16 Mei - Polis menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol buatan sendiri dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Masjid Kubang Rotan, Kuala Kedah dekat sini awal hari ini.

Dalam operasi pukul 1.30 pagi itu, dua lelaki berusia 38 dan 31 tahun berkenaan ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pembuatan pistol tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata dalam serbuan hasil maklumat orang awam itu, pihaknya turut merampas dua butir peluru penabur serta satu 'holster' (sarung pistol) berwarna hitam yang disembunyikan di rumah tersebut.

Kedua-dua orang suspek yang tidak bekerja itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Hukuman Lebih Berat) 1960, katanya pada sidang media di sini.

"Seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pemilikan dadah," katanya yang tidak menolak kes itu ada kaitan dengan samun bersenjata api di Kedah.

Beliau berkata jika disabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan enam kali sebatan. - BERNAMA

Polis Rampas Pistol Buatan Sendiri Tahan Dua Lelaki Dalam S
Polis Rampas Pistol Buatan Sendiri Tahan Dua Lelaki Dalam S

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM