Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 11 Lelaki Culik Warga Bangladesh

Published: 06 May 2016 11.29 AM Updated: 15 Aug 2026 7.28 PM
George Town, 6 Mei 2016 - Seramai 11 lelaki tempatan ditahan secara berasingan pada Rabu hingga semalam bagi membantu siasatan berhubung kes culik seorang pekerja kilang rakyat Bangladesh di Jelutong, di sini pada 2 Mei lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-11-lelaki-culik-warga-bangladesh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:18 MYT
George Town, 6 Mei 2016 - Seramai 11 lelaki tempatan ditahan secara berasingan pada Rabu hingga semalam bagi membantu siasatan berhubung kes culik seorang pekerja kilang rakyat Bangladesh di Jelutong, di sini pada 2 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kesemua lelaki berusia 19 hingga 26 tahun itu ditahan sekitar George Town, di sini selepas mereka membebaskan mangsa berumur 29 tahun di kawasan Bayan Lepas, dekat sini pada Rabu.

"Mangsa yang bekerja di Pulau Pinang sejak 15 tahun lepas itu diculik ketika sedang memandu kereta sebaik keluar dari rumahnya di Jelutong pukul 9.30 malam Isnin lepas.
"Kejadian itu disedari rakannya selepas suspek menghubungi lelaki itu (rakan mangsa) dan meminta wang tebusan.

"Lelaki itu kemudian menghubungi abang mangsa di Bangladesh untuk memaklumkan kejadian tersebut dan meminta mereka segera memasukkan wang ke dalam akaun suspek kerana suspek mengugut akan memukul serta membunuh pekerja kilang itu jika tidak mendapat wang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Beliau berkata keluarga mangsa yang bimbang akan keselamatan lelaki itu memasukkan wang sebanyak RM5,000 pada Selasa dan RM9,000 lagi pada keesokannya.

Mior Faridalatrash berkata mangsa dipukul dan dikurung di sebuah rumah di sini sebelum dibebaskan dan polis melancarkan operasi khas mengesan mereka yang terlibat dan berjaya menahan 11 lelaki terbabit termasuk dalang yang berusia 23 tahun. 

"Polis merampas 12 telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai kira-kira RM5,000 dan peralatan yang digunakan mereka untuk menculik serta memukul mangsa.

"Sebahagian lagi wang hasil culik telah digunakan mereka dan sebaik dibebaskan lelaki itu mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang kerana kecederaan yang dialaminya," katanya.

Beliau berkata polis kini mengesan seorang lagi lelaki dikenali sebagai V.Hemasekar, 20, yang alamat terakhirnya di Jelutong yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian culik itu.

"Tujuh daripada mereka yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Kesemua mereka kini direman enam hari bagi membantu siasatan."  katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mior Faridalatrash berkata 10 ah long berusia 30 hingga 50 tahun ditahan sejak Januari hingga semalam kerana memberi pinjaman wang tanpa lesen.

Polis menerima 30 laporan berhubung aktiviti ah long dalam tempoh itu yang membabitkan kerugian kira-kira RM500,000, katanya.- BERNAMA
ArticlePublished 06 May 2016 11.29 AMUpdated 15 Aug 2026 7.28 PM