Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis T Ganu Pantau Pelajar Daripada Terjebak Gejala Negatif Melalui Pps

Published: 02 Apr 2015 12.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUALA TERENGGANU : Polis Terengganu akan memperkasakan fungsi Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bagi membantu pasukan itu memantau pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 15 tahun daripada terjebak gejala negatif.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-t-ganu-pantau-pelajar-daripada-terjebak-gejala-negatif-melalui-pps
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:09 MYT

KUALA TERENGGANU : Polis Terengganu akan memperkasakan fungsi Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bagi membantu pasukan itu memantau pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 15 tahun daripada terjebak gejala negatif.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hashim Abd Jalil berkata pada peringkat umur itu mereka mudah dipengaruhi anasir negatif jika tidak dipantau.

Dengan memperkasakan fungsi PPS menerusi pelbagai langkah bagi membendung jenayah melibatkan pelajar di negeri ini, usaha itu sekali gus dapat
mengurangkan golongan sasar ini terlibat kegiatan jenayah.

"Antara program yang kita lakukan termasuk memberi ceramah, mengadakan
pameran dan memberi penerangan kesan negatif yang dihadapi jika terlibat dalam
kegiatan merempit, penagihan dadah, rogol dan sebagainya," katanya kepada Bernama di sini.

Menurutnya fungsi PPS ini bukan sahaja melibatkan sekolah menengah malahan 
di sekolah rendah di negeri ini bagi memberi penerangan kepada murid di peringkat sekolah rendah.- BERNAMA

ArticlePublished 02 Apr 2015 12.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM