Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kedah Dan Kerajaan Negeri Anjur Jerayawara Bahaya Is

Diterbitkan: 02 Apr 2015 12.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
ALOR SETAR : Polis Kedah akan menganjurkan jerayawara dan ceramah tentang bahaya gerakan militan IS dalam usaha membendung penyebarannya di negeri ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kedah-dan-kerajaan-negeri-anjur-jerayawara-bahaya-is
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:05 MYT

ALOR SETAR : Polis Kedah akan menganjurkan jerayawara dan ceramah tentang bahaya gerakan militan IS dalam usaha membendung penyebarannya di negeri ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata, usaha yang akan dijalankan di
seluruh negeri ini bakal diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri.

"Kita telah berbincang dengan kerajaan negeri untuk membawa penceramah yang
diiktiraf untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Kedah tentang IS. Program
itu diharapkan dapat membuka mata dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini.

Menurut Zamri, walaupun masih di peringkat perbincangan dengan kerajaan
negeri Kedah, namun pihaknya berharap siri ceramah tentang IS di seluruh Kedah dapat bermula awal Mei ini.

Zamri berkata pemantauan yang dijalankan oleh polis Kedah setakat ini 
menunjukkan tiada madrasah atau pondok-pondok agama di negeri ini terlibat dalam penyebaran fahaman ekstremisme dan militan.

"Kita akan melakukan pemantauan secara berterusan terutamanya di madrasah
dan masjid. Sekiranya ada yang menyebar fahaman ekstremisme dan militan, kita
akan ambil tindakan," katanya.

Sebelum ini, polis mendedahkan individu dari Kedah terlibat terlibat dengan kegiatan militan termasuk berjuang di Syria.

Sementara itu Zamri berkata, kadar jenayah di Kedah menurun sebanyak 16
peratus bagi tempoh Jan hingga Mac tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Daerah Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim merupakan tiga kawasan panas dari segi jenayah, namun polis sentiasa memantau keadaan untuk menangani masalah itu.

Penyumbang terbesar peningkatan peratusan kes jenayah di Kedah adalah kes
kecurian motosikal serta pecah rumah, dan pihaknya akan melaksanakan program
bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang penjagaan harta benda, katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Apr 2015 12.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM