Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Sumbang Peranan Besar Kepada Keharmonian Negara Tpm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apa pun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman maupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sumbang-peranan-besar-kepada-keharmonian-negara-tpm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:17 MYT

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2011 - "Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apa pun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman maupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstremisme agama maupun cauvinisme perkauman, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-Undang," ujar YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa merasmikan Hari Terbuka PDRM 2011 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pagi ini

Menurutnya lagi, keamanan dan kestabilan politik di negara pelbagai kaum seperti negara ini tidak akan dapat dicapai kalau tidak kerana sumbangan setiap anggota polis di negara ini.

"Polis hari ini bukan kerjanya hanya menangkap orang tetapi memainkan peranan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jenayah dan seterusnya banyak membantu polis menangani gejala jenayah terutama jenayah jalanan di bandar-bandar besar," tambahnya lagi.

Pada majilis yang sama, YAB Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan Hari Kesedaran Jenayah (Crime Awareness Day) Peringkat Kebangsaan.
 
Hadir sama memeriahkan majlis, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Wira Seman bin Yusop dan YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, Dif-dif jemputan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2010 menunjukkan indeks jenayah di seluruh negara menurun sebanyak 15 peratus (32,000 kes), menunjukkan rekod penurunan kes jenayah tertinggi sejak merdeka.

Laporan Indek Keamanan Dunia (GPI) pada tahun lalu pula menunjukkan Malaysia berada di tangga ke 22 berbanding tangga 26 pada tahun 2009 dan tangga ke 38 pada tahun 2008.

"Syabas dan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia kerana sentiasa memperlihatkan prestasi yang terbaik dalam apa keadaan sekalipun," akhiri beliau.

Sementara itu, dalam intipati ucapan YDH Ketua Polis Negara, beliau serta seluruh warga PDRM memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang telah turut serta membantu pihak polis mencegah dan membanteras jenayah di negara ini.

"Selain daripada interaksi polis dan masyarakat secara tradisional, iaitu perjumpaan bersemuka, PDRM kini juga mempergiatkan lagi interaksi melalui 'information and communications technology', sesuai dengan arus perkembangan komunikasi semasa terutamanya melalui media sosial baru iaitu internet," ujar beliau dalam ucapannya.

"Laman Facebook Rasmi PDRM yang kini mempunyai hampir 90,000 peminat dan satu lagi saluran komunikasi iaitu Twitter PDRM, membolehkan PDRM menerima feedback secara langsung daripada masyarakat terutamanya golongan remaja dan ini membolehkan kita merangka strategi yang berkaitan dalam menembahbaikan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat,"

"Interaksi polis secara tradisional dan interaksi media sosial adalah memenuhi kehendak supaya polis melaksanakan tanggungjawab bagi kepentingan seluruh rakyat dan inilah matlamat kita, dan inilah juga janji  kita kepada setiap warga negara Malaysia," akhirinya.

Hari Terbuka PDRM 2011 dan Hari Kesedaran Jenayah Peringkat Kebangsaan ini telah berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong warga asing.

Seawal jam 8.30 pagi, para pengunjung telah berada di Dataran Merdeka dan melawat lebih daripada 30 booth serta mencuba pelbagai perkakasan polis yang dipamerkan.

Tidak ketinggalan juga diadakan beberapa acara yang turut mewarnai sepanjang Hari Terbuka PDRM ini seperti Street Soccer Belia & PDRM, persembahan pameran 4D, pelancaran Buku 'Permata', persembahan Kombo PDRM, persembahan 1 Voice, pergendangan ASWARA, persembahan kebudayaan PDRM, paramotor 69 Komando, Cabutan Bertuah Kayuhan 1000 Belia, Cabutan Bertuah Facebook PDRM, Pertandingan Mewarna, Jamuan Hari Raya PDRM 2011, persembahan khas Pancaragam Pusat PDRM dan diakhiri dengan konsert Belia Cegah Jenayah kira-kira jam 6 petang.

Polis Sumbang Peranan Besar Kepada Keharmonian Negara Tpm
YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menunggu ketibaan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Polis Sumbang Peranan Besar Kepada Keharmonian Negara Tpm
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bermesra dengan anggota polis

Polis Sumbang Peranan Besar Kepada Keharmonian Negara Tpm
Ucapan YDH Ketua Polis Negara

Polis Sumbang Peranan Besar Kepada Keharmonian Negara Tpm
Ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Polis Sumbang Peranan Besar Kepada Keharmonian Negara Tpm
Perarakan berbasikal oleh Belia 1Malaysia untuk penyerahan Momento kepad YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Polis Sumbang Peranan Besar Kepada Keharmonian Negara Tpm
Wakil Ketua Belia 1Malaysia melaungkan Momento di hadapan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Polis Sumbang Peranan Besar Kepada Keharmonian Negara Tpm
Pelancaran Hari Terbuka PDRM 2011

Polis Sumbang Peranan Besar Kepada Keharmonian Negara Tpm
YB Menteri Dalam Negeri melawat Booth Facebook PDRM

Polis Sumbang Peranan Besar Kepada Keharmonian Negara Tpm

Polis Sumbang Peranan Besar Kepada Keharmonian Negara Tpm
Tekun... Si cilik yang mengambil bahagian di dalam Pertanding Mewarna

Antara Booth Pameran Dan Persembahan Yang Diadakan 

Unik... Menggunakan barangan kitar semula Pencaragam PDRM

Polis Sumbang Peranan Besar Kepada Keharmonian Negara Tpm
Turut sama menyaksikan persembahan adalah YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA 

Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan, L/Kpl Edwind Indo,
               L/Kpl Fansus Jangor, L/Kpl Mohd Izwan bin Mohd Yusuf Chow
               L/Kpl Muhamad Lokmanul Hakim bin S.Nor, L/Kpl Helmi bin Saadin
               L/Kpl Shareel bin Shariman, Konst Raymond Martin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM