Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Siasat Status Sarawak Update Hina Kaum

Diterbitkan: 16 Jan 2017 2.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuching, 15 Januari 2017 - Polis Sarawak meminta pengendali akaun Facebook 'Sarawak Update' untuk tampil membantu siasatan polis berkenaan status yang dimuat naik baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-siasat-status-sarawak-update-hina-kaum
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:44 MYT

 

Kuching, 15 Januari 2017 - Polis Sarawak meminta pengendali akaun Facebook 'Sarawak Update' untuk tampil membantu siasatan polis berkenaan status yang dimuat naik baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Dato' Dev Kumar berkata seorang individu telah membuat laporan polis di Balai Polis Mukah pada 5.40 petang semalam berhubung status daripada Sarawak Update yang didakwa menghina menteri Sarawak dan mengandungi kata-kata penghinaan terhadap sesuatu kaum.

"Polis Sarawak telah memulakan siasatan berkenaan status daripada Sarawak Update di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Pada masa ini tidak jelas siapa daripada kalangan pengendali Sarawak Update yang memuat naik status itu, tetapi daripada komen oleh pengikut laman sosial itu, jelas bahawa status tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, beliau menggesa agar pihak yang memuat naik status itu tampil memberi kerjasama kepada polis untuk membantu siasatan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 16 Jan 2017 2.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM