Polis Siasat Pelajar Diculik Dan Dipaksa Mengemis
Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung seorang kanak-kanak yang mendakwa diculik sebelum dipaksa menjadi peminta sedekah di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud sindiket yang munculik dan menjadikan kanak kanak sebagai peminta scdekah.
Polis walaubagaimanapun sudah mengambil keterangan mangsa dan telah berusaha membuat lakaran wajah suspek yang didakwa menculik mangsa untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Harian Metro