Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Serbu Sindiket Perjudian Antarabangsa

Published: 16 Jun 2014 12.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menyerbu Pusat Perniagaan Megan Avenue, Jalan Ampang yang merupakan pusat sindiket kecil perjudian antarabangsa...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-serbu-sindiket-perjudian-antarabangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:44 MYT
Bukit Aman - 19 Ogos 2010. Serbuan polis jam 2.30 petang di Pusat Perniagaan Megan Avenue, Jalan Ampang berjaya menahan 17 individu dipercayai pekerja ejen kecil sindiket perjudian antarabangsa melibatkan nilai pertaruhan mencecah RM1 Juta sehari.

YDH Dato Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah berkata semua pekerja adalah di dalam lingkungan 20 hingga 30-an. Mereka ditahan ketika sedang mengambil dan menerima wang pertaruhan daripada pelanggan.

YDH Dato Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin berkata, sebanyak 34 buah komputer dan 74 buah monitor LCD dirampas. Dipercayai sindiket adalah berpangkalan di Hong Kong dan mempunyai ejen serta sub ejen di beberapa negara Asia. Beliau percaya terdapat 9000 sub ejen yang ditugaskan untuk mengawal selia dan mengurus mereka yang membuat pertaruhan seluruh dunia manakala kira-kira 30 sub ejen menjalankan kegiatan di negara ini.

Polis Serbu Sindiket Perjudian Antarabangsa
Sidang Media oleh YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Polis Serbu Sindiket Perjudian Antarabangsa
Wakil media bertanyakan soalan.

Polis Serbu Sindiket Perjudian Antarabangsa
Sebahagian daripada barang-barang kes yang dirampas semasa serbuan
ArticlePublished 16 Jun 2014 12.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM