Sebanyak
20 gadis pelayan pelanggan (GRO) berasal dari Vietnam ditahanberjaya
ditahan dalam operasi diketuai oleh Inspektor Lee Robert dengan kekuatan
dua pegawai dan sepuluh anggota dari tiga jabatan di bawah IPK
Selangor.
Selain
menahan GRO warga asing tersebut, pegawai dan anggota polis
yangterlibat turut menahan seorang lelaki dipercayai penjaga premis yang
terletak di Lebuh Gopeng itu.
Kesemua
GRO terbabit akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan
Imigresen, Seksyen 55B Peraturan Imigresen dan Seksyen 6 (1) (c) Akta
Imigresen. Hasil penyiasatan lanjut mendapati premis itu memiliki lesen
sah yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk
beroperasi.

Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia